Friday, May 6, 2011

My camp report~ 2

16 April Day 2
Pada keesokan harinya, 16 April, semua peserta harus bangun pada waktu 5.30 pagi terutamanya pelajar Islam. Kami telah belajar bahasa Inggeris daripada seorang fasilitator. Dia telah memberikan sedikit maklumat tentang perbezaan antara ketua dan pemimpin. Pada pukul 7.00 pagi, sukaneka/senamrobik diadakan untuk memberi peluang kepada peserta dan fasilitator bersenam agar sihat sentiasa. Kami telah melakukan beberapa jenis senaman sebelum kami menikmati sarapan.
Selepas bersarapan, kami telah melaksanakan input satu, iaitu pemimpin dan kepimpinan. Aktiviti ini mengambil masa dua jam dan teruskan dengan kudapan pada pukul 10.00 pagi. Ceramah tentang demam denggi diadakan setelah kudapan. Semasa ceramah itu tamat, pelajar yang tertentu telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti yang terancang oleh fasilitator. Kami telah memperoleh banyak ilmu memimpin dalam aktiviti tersebut.
Hampir dengan pukul 2.00 petang, kami telah dihidangi dengan makan tengah hari dan diberi masa untuk berehat manakala pelajar Islam solat. Aktiviti seterusnya ialah output 3, latihan dalam kumpulan. Kami semua diberi arahan untuk membuat bendera Jalur Gemilang dengan menggunkan barangan tertentu dan tidak boleh menggunakan barang sendiri. Pelajar tidak boleh berjalan dan bercakap semasa aktiviti dijalankan. Sekiranya berbuat salah, ia akan ditangkap oleh fasilitator dan akan didenda.
Aktiviti seterusnya juga merupakan aktiviti secara berkumpulan. Ahli kumpulan hendak melukiskan sebuah sekolah idaman dalam kertas yang diberikan dan membuat carta organisasi tentang sekolah tersebut. Perancangan modal juga hendak dibuat. Aktiviti ini berakhir pada pukul 5.30 petang dan diteruskan dengan minum petang dan solat. Selepas ini, kami pun mandi dan membuat persediaan untuk malam kebudayaan nanti. Malam kebudayaan akan dilangsungkan pada pukul 9.00 malam. Setiap kumpulan harus menyediakan satu lakonan yang bertemakan ‘Satu Malaysia’.
Malam kebudayaan amat meyeronokkan para peserta dan para penoton. Malam kebudayaan berakhir pada pukul 11.00 malam dan kami diberi masa 10 minit untuk minum malam. Selepas minum malam, semua peserta telah didenda oleh kem komanden kerana tidak menepati masa dan tidak mendengar arahan fasilitator. Walaupun kami berbuat salah, tetapi fasilitator juga didenda oleh kem komanden. Kami berikrar di depan fasilitator agar tidak mengulangi kesalahan yang sama, manakala fasilitator merupakan saksi- saksi. Seterusnya, aktiviti yang terakhir pada malam itu ialah munasabah diri. Kami diberi peluang berminta maaf kepada kawan- kawan dan fasilitator. Kami berasa serba salah.

No comments:

Post a Comment