Friday, May 6, 2011

My camp report~ 1

15 April Day 1
But in BM~
(This my report)
Pada 15 April 2011 yang lalu, SMK Perempuan Methodist Raub dengan kerjasama Unit Kaunseling Universiti Malaysia Pahang telah mangadakan Kem Kepimpinan Pelajar tahun 2011 di SMK Perempuan Methodist Raub. Kem ini mengambil masa selama tiga hari dua malam. Pelajar yang terlibat adalah Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Penbimbing Rakan Sebaya dan calon-calon.
Pada pukul 3.00 petang, 15 April, semua peserta kem harus mandaftar diri dan bersedia untuk menyertai kem tersebut. Pendaftaran mangambil masa selama setengah jam dan diteruskan dengan taklimat kem. Kaunselor sekolah, Puan Roslin dan guru disiplin sekolah, Puan Habibi telah mengacarakan taklimat tersebut. Cikgu-cikgu telah menerangkan peraturan- peraturan kem kepada kami dan kami hendaklah membuat aku janji agar kami sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Selepas taklimat tersebut, kami telah diberi arahan oleh cikgu untuk mengemaskan kelas- kelas untuk menjadikan bilik penginapan, bilik urusetia dan bilik jamuan.
Selesai mengemaskan bilik, kami dihidangkan dengan minum petang. Selepas minum, pelajar Islam solat di surau dan pelajar bukan Islam berada di dalam bilik membuat kerja sendiri. Kami juga diberi masa untuk mandi dan makan malam pada pukul enam petang. Semasa pelajar Islam Solat Maghrib dan Kuliah Maghrib, pelajar bukan Islam berada di dalam bilik untuk menunggu mereka. Pada tepat pukul 9.00 malam, aktiviti pertama diadakan, iaitu Ice Breaking. Peserta- peserta telah dibahagikan kepada sembilan kumpulan, iaitu kumpulan Itik, Ayam, Kambing, Lembu, Harimau, Burung Hantu, Monyet, Katak dan Kucing. Setiap kumpulan akan dipimpin oleh dua orang fasilitator, seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka merupakan Pembimbing Rakan Siswa(PERSIS) dari Universiti Malaysia Pahang. Setiap kumpulan haruslah mencipta satu logo dan sorakan yang dapat melambangkan kumpulan tersebut dan membentang di atas pentas. Selepas selesai aktiviti tersebut, kami diberi masa untuk minum malam dan bersedia untuk tidur. Kami menginap mengikut tingkatan dan bilik yang ditentukan tanpa perubahan.

No comments:

Post a Comment