Friday, May 6, 2011

My camp report~ 3

17 April Day 3
Pada hari Ahad, 17 April, kami diminta berada di dewan sekolah pada pukul 6.30 pagi untuk melaksanakan senamrobik. Selepas senamrobik dan bersarapan, kami diminta membersihkan dewan untuk majlis perasmian penutup nanti. Setelah menyelesaikan tugasan, kami telah melakukan aktiviti Explorace. Aktiviti ini bertujuan untuk melihat kerjasama antara ahli kumpulan. Aktiviti ini berakhir pada pukul 10.00 pagi dan peserta diberi masa untuk mengemas diri. Majlis perasmian penutup akan diadakan pada pukul 11.00 pagi. Pembantu khas Dato’ Seri Dr. Ng Yen Yen telah merasmi majlis tersebut. Kem ini diakhiri dengan mengemaskan bilik. Tepat pada pukul 1.30 petang, maka kem ini telah bersurai.
Saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang menyertai kem tersebut. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah, fasilitator- fasilitator yang datang dari UMP kerana telah memberi peluang kepada saya untuk belajar untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Saya juga ingin berterima kasih kepada kawan- kawan saya sebab mereka telah memberi dorongan dan sokongan mereka kepada saya.

No comments:

Post a Comment